Saturday 15 February 2014

Master Celebration Master Farihah & Raja Abdul Mutalib

Assalamualaikum wrt.

Sekian lama tak update blog ni. Ok. Hari ni nak sharing tentang Master Celebration. Actually kali ni kali kedua saya pegi Master Celebration. Event ni ditaja 100% oleh Shaklee bagi meraikan mereka yang telah berjaya naik rank paling tinggi iaitu Master Coordinator.

Kali ni saya pegi Master Celebration Kakak Shaklee saya iaitu Kak Farihah a.k.a The Iron Women. Bagi saya Kak Eha seorang yg sgt tabah dan kuat. Sentiasa memberi kata2 semangat kepada kami adik beradik S2U.

Sepanjang sharing beliau hari ni sgt byk tips yg beliau kongsikan. Mmg rugi sgt sapa tak dtg. Dan rugi sapa yg x buat Shaklee betul2.. Hari ni gak sesi "banjir" berlaku. Banjir sbb happy sgt dan tumpang happy.. Hihihi.. Dan akan banjir bila tgk muka Ummie kami iaitu Master Zuraifah a.k.a Ninjapah.. Hahaha...

Ok. Setakat ni shj sharing saya..

~ Hidup lebih banyak MEMBERI kerana tidak ada orang jatuh miskin sebab banyak memberi. Lagi banyak kita memberi lagi banyak kita menerima. ~

Tuesday 24 December 2013

Work At Home Mom??? Adakah saya telah bersedia??


Menjadi surirumah sepenuh masa sambil bekerja dari rumah?.. ho..ho..ho.. Bukanlah satu impian saya sebenarnya. Impian yang dulu2 ye. Tapi ia menjadi impian saya sekarang. Apabila melihat anak2 dibesarkan tanpa saya meluangkan lebih masa dengan mereka buat saya tergerak hati untuk memasang impian ini.
Ya..bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Bagi saya ini adalah keputusan yang besar sepanjang hidup saya. Banyak hati yang perlu saya fikirkan terutama sekali ibu bapa saya. Walaupun mereka tak pernah minta saya balas jasa mereka tapi sebagai anak kita sendiri mau ingat la kan..
Alhamdulillah.. ibu bapa saya merestui impian saya ini. Bagi mereka rezeki ada di mana-mana. Dan juga yang paling penting mereka restu saya buat bisnes Shaklee.

Sebelum menjadikan impian ini sebagai kenyataan, saya perlu buat persiapan utk diri saya. Selepas ini tiada lagi gaji tetap seperti sekarang. Saya perlu lebih berjimat. Saya kena berusaha gigih lagi dalam bisnes saya. Tapi saya percaya pada aturan Allah swt. Mesti ada sesuatu untuk saya kerana Dia yang memberi kekuatan utk saya buat keputusan ini.
Pejam celik dah 5 tahun saya bekerja makan gaji. Mungkin satu jangka masa pendek bagi sesetengah pihak sebelum membuat keputusan untuk "bersara" dari dunia makan gaji. Tapi saya tak kisah pandangan orang. Sebab saya tahu apa yang saya mahu dalam hidup saya. Saya nak capai impian2 saya yang lain.. InShaAllah.. Allah ada utk bantu saya.

Alhamdulillah..31hb ini last day saya bekerja.. Saya akan mulakan tahun baru dengan kehidupan yang baru, cabaran baru, semangat baru.. Semoga dipermudahkan segalanya.

-WAHM 2 BE-

Wednesday 10 July 2013

10 kesalahan paling hit ketika Ramadhan

Sharing dari seorang sahabat Shaklee2U:


Tidak sahur.
- puasa org yahudi dan org Islam sama saja, kecuali puasa org Islam ada sahur. Sahur la walau dengan segelas air kosong. 

Sahur terlalu awal 
-Makan berat lewat malam dan tidur lalu bangkit selepas azan Subuh. Itu bukan sahur, itu supper. 

Terlebih tidur 
- lebih tidur merugikan masa dan menyebabkan badan dan otak lemah. Tidur boleh diniatkan sebagai ibadah, tapi kalau over sangat dianggap bedebah. 

Berbuka secara buffet sampai buncit 
- ada juga yang sambung makan selepas solat Maghrib sehingga lewat malam. Tarawih pun tuang!

Membazar hingga membazir.
-lapar mata. Setiap jenis makanan nak diborong. Tak habis, makanan dibuang. 

Sambut Hari Raya mengalahkan Ramadhan.
-bulan Ramadhan yang dimuliakan Allah, bukan Syawal. Syaitan dibelenggu pada Ramadan dan dibebaskan pada 1 Syawal 

Solat tarawih tapi tak qiamullail pada laylatul qadr 
- Nabi kadang2 meninggalkan tarawih. Tapi Nabi akan struggle pada 10 malam terakhir untuk cari laylatul qadr. Pahala bonus 1000 bulan tu. Wow! 

Puasa tapi tak solat.
- pahala puasa pending , sebab tak solat. Ayoyo! 

Sibuk beribadah, lupa cari ilmu. 
-bulan Ramadan bulan Ilmu. Semua ibadah takde guna tanpa ilmu. Ada juga yang larang tazkirah ketika Ramadhan. 

🔟 Gagal upgrade iman selepas lalui Ramadhan.
-ibarat dah harungi sungai yang jernih dan segar , tapi kotoran di badan sengaja tak dibersihkan.

Ramadhan Kareem! 
Selamat berpuasa. 
Let us make this Ramadhan is the best Ramadan ever! 
Ikhlas Lillahi Ta'ala.

AIRMATA RASULULLAH SAW

Saya pasti anda pernah baca kisah ini. Setiap kali saya baca saya rasa sebak sgt. Sebak kerana di saat roh ditarik Baginda saw masih fikirkan nasib umatnya. "Ummati,ummati,ummati". Tetapi berapa kali sehari kita berselawat ke atas Baginda saw? Adakah kita hanya berselawat ketika Maulidur Rasul? Peringatan utk diri sendiri dan kawan2. Betapa cintanya Baginda saw kepada umatnya..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizin kannya masuk, 'Maafkan lah,ayahku sedang demam, kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,'Siapakah itu wahai anakku?' 'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. 'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuat kan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.' Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa 'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku' Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihih
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.


Sayang Selalu,
 Hidayah Mohamad

Saturday 6 July 2013

Swimming time!!!

Assalamualaikum wrt,

Apa aktiviti hujung minggu anda bersama keluarga? Pagi semalam saya bawa anak2 mandi manda.. Bukan main seronok dorang dapat main air. Nak bagi dorang biasa dgn air. Nanti blh la hantar ke swimming class. Aisyah mmg agak berani. Dah tenggelam pun dia tak takut, nak main air lagi ada. Syakir agak kurang berani. Tapi tetap nak main air gak..hehe.. Sekali sekala luangkan masa utk anak2 mmg best. Hari biasa ibu kena kerja.. Cepat2 la blh jadi WAHM. Duduk rumah sambil buat bisnes Shaklee..

Thursday 13 June 2013

Family Day Shaklee2U

Assalamualaikum wrt,

Orang lain semua dah update pasal Family Day S2U. Saya baru nak update..hehhe. its ok.. better late than never. Ok. Pada 24-25 Mei lepas, kami group S2U ada buat family day yang bertempat di De Palma Resort, Kuala Selangor. Sedikit review mengenai tempat ini, agak jauh ke dalam dan sunyi sikit. Suasana tenang je rasa. Penuh kehijauan. Sesuai untuk buat aktiviti kekeluargaan sebab ada padang. Boleh buat sukaneka. Staff semuanya friendly. Makanan pun sedap. Itu review mengenai resort.

Ok. Sekarang ni review mengenai event kami pula. Ada beberapa aktiviti yang dijalankan. Kami check in pada 3 ptg. Pada jam 4.30 registration dan pembahagian doorgift beserta t-shirt S2U. Selepas registration, ada sukaneka untuk kanak-kanak dan parents. Dah lama tak main sukaneka walaupun tak sempat main pun sebab dok kendong Aisyah je.

Registration


Acara Kutip Gula-Gula
 
Acara tiup belon sampai pecah


Acara music chair


Penyampaian hadiah

Sesi Merojak Selepas Sesi Sharing & Sedut Aura

Sesi tukar2 hadiah antara kami

Our big family tapi lagi besar sebenarnya. Ni pun sebahagian kecil sahaja.

Its me and Ummi (Master Iffah Anuar)

Alhamdulillah, event seperti ini mengeratkan lagi hubungan kami yang sudah tersedia erat di alam maya. Selama ini ber-online, masa ni lah baru nak kenal muka masing-masing. Miss this moment. In Shaa Allah ada rezeki tahun depan kita buat lagi family day.

-Hidayah Mohamad-

Saturday 1 June 2013

Kolestrol oh Kolestrol

Assalamualaikum,

Selamat hujung minggu kepada semua pembaca blog saya (hehe..perasan ramai lak yang nak baca blog ni). Ok.. Minggu ni anda semua buat apa?.. Minggu cuti sekolah ni mesti ramai yang pergi bercuti-cuti atau jalan-jalan cari makan..hehe.. Sebut pasal makan ni semua suka makan kan..makan, makan juga tapi pernah tak terfikir nak buat pemeriksaan kolestrol?.Jeng.jeng..jeng.. kenapa tetiba je cakap pasal kolestrol ni?..hehe... Sebab malam tadi baru buat pemeriksaan kolestrol..


Bacaan total kolestrol saya : 4.44


Bacaan total kolestrol En Suami : 5.84


Jeng..jeng..haa..tak pernah seumur hidup buat pemeriksaan kolestrol. Sekali check 5.84. Border 5.2. Ni dah over border.. So misi menurunkan kolestrol En Suami bermula hari ini..hehe.. Penting sangat pemeriksaan kolestrol. Kolestrol sangat berkait rapat dengan kesihatan jantung. Apabila kolestrol tinggi, mampu mengundang kepada serangan sakit jantung. Sakit jantung ini juga salah satu pembunuh senyap tanpa mengira umur muda atau tua.

So kepada pembaca semua, sila buat pemeriksaan kolestrol sekarang ye. Jangan lengah2 tau.

- Hidayah Mohamad-