Saturday 1 June 2013

Kolestrol oh Kolestrol

Assalamualaikum,

Selamat hujung minggu kepada semua pembaca blog saya (hehe..perasan ramai lak yang nak baca blog ni). Ok.. Minggu ni anda semua buat apa?.. Minggu cuti sekolah ni mesti ramai yang pergi bercuti-cuti atau jalan-jalan cari makan..hehe.. Sebut pasal makan ni semua suka makan kan..makan, makan juga tapi pernah tak terfikir nak buat pemeriksaan kolestrol?.Jeng.jeng..jeng.. kenapa tetiba je cakap pasal kolestrol ni?..hehe... Sebab malam tadi baru buat pemeriksaan kolestrol..


Bacaan total kolestrol saya : 4.44


Bacaan total kolestrol En Suami : 5.84


Jeng..jeng..haa..tak pernah seumur hidup buat pemeriksaan kolestrol. Sekali check 5.84. Border 5.2. Ni dah over border.. So misi menurunkan kolestrol En Suami bermula hari ini..hehe.. Penting sangat pemeriksaan kolestrol. Kolestrol sangat berkait rapat dengan kesihatan jantung. Apabila kolestrol tinggi, mampu mengundang kepada serangan sakit jantung. Sakit jantung ini juga salah satu pembunuh senyap tanpa mengira umur muda atau tua.

So kepada pembaca semua, sila buat pemeriksaan kolestrol sekarang ye. Jangan lengah2 tau.

- Hidayah Mohamad-

No comments:

Post a Comment