Tuesday 24 December 2013

Work At Home Mom??? Adakah saya telah bersedia??


Menjadi surirumah sepenuh masa sambil bekerja dari rumah?.. ho..ho..ho.. Bukanlah satu impian saya sebenarnya. Impian yang dulu2 ye. Tapi ia menjadi impian saya sekarang. Apabila melihat anak2 dibesarkan tanpa saya meluangkan lebih masa dengan mereka buat saya tergerak hati untuk memasang impian ini.
Ya..bukan mudah untuk membuat keputusan ini. Bagi saya ini adalah keputusan yang besar sepanjang hidup saya. Banyak hati yang perlu saya fikirkan terutama sekali ibu bapa saya. Walaupun mereka tak pernah minta saya balas jasa mereka tapi sebagai anak kita sendiri mau ingat la kan..
Alhamdulillah.. ibu bapa saya merestui impian saya ini. Bagi mereka rezeki ada di mana-mana. Dan juga yang paling penting mereka restu saya buat bisnes Shaklee.

Sebelum menjadikan impian ini sebagai kenyataan, saya perlu buat persiapan utk diri saya. Selepas ini tiada lagi gaji tetap seperti sekarang. Saya perlu lebih berjimat. Saya kena berusaha gigih lagi dalam bisnes saya. Tapi saya percaya pada aturan Allah swt. Mesti ada sesuatu untuk saya kerana Dia yang memberi kekuatan utk saya buat keputusan ini.
Pejam celik dah 5 tahun saya bekerja makan gaji. Mungkin satu jangka masa pendek bagi sesetengah pihak sebelum membuat keputusan untuk "bersara" dari dunia makan gaji. Tapi saya tak kisah pandangan orang. Sebab saya tahu apa yang saya mahu dalam hidup saya. Saya nak capai impian2 saya yang lain.. InShaAllah.. Allah ada utk bantu saya.

Alhamdulillah..31hb ini last day saya bekerja.. Saya akan mulakan tahun baru dengan kehidupan yang baru, cabaran baru, semangat baru.. Semoga dipermudahkan segalanya.

-WAHM 2 BE-

No comments:

Post a Comment